Saturday, March 21, 2009

Walker Boot









Setelah bertongkat selama 3 bulan setengah. Aku memakai walker boot yang telah pun dibeli melalui eBay semasa kaki masih disimen yang berharga RM296.26. Nilainya kecil jika dibandingkan dengan keinginan aku yang ingin berjalan semula. Fungsinya supaya dapat berjalan tanpa menggerakkan ankle yang masih lemah dah sakit. Pun begitu, tongkat masih diperlukan kerana otot masih lemah dan sakit masih belum dapat aku handle. Setelah berpuluh keping x-ray dan mri-scan, yang terakhir menunjukan tulang-tulang ankle aku sudah esteoperosis kerana pemakaian simen yang lama dan tanpa tekanan berat tubuh ke atasnya. Situasi yang sama di mana angkasawan yang berada di orbit selama 3 bulan pulang dengan tulang yang rapuh. Doktor pakar aku terkejut kerana aku bawa bersama walker boot semasa hari buka simen yang terakhir. Ya sepanjang 3 bulan.. kaki aku disimen sebanyak 5 kali! Katanya kerja beliau mudah dengan pesakit seperti aku yang kononnya sudah tahu apa yang perlu dibuat. Sebenarnya, sepanjang terlantar di rumah. Google lah peneman aku.

2 comments:

  1. isk..sabor je le jeki..kuatkan smangat dehs. life must go on. sori sbb sy x g ziarah awk..huhu

    ReplyDelete
  2. ala fara.. biase je. ada lagi orang yang lagi teruk :-)

    ReplyDelete